Saturday, April 11, 2009

AUDIO, VIDEO DAN GRAFIK

AUDIO
Audio merupakan isyarat kepada sesuatu bunyi. Hal ini kerana sesuatu audio akan dirakam dan dibuat pengeluaran semula. Audio muncul kerana ia sangat berguna dalam rakaman, media massa dan sebagainya. Contoh yang paling mudah adalah suara dan muzik. Audio juga mampu mempengaruhi emosi seseorang melalui muzik dan nada atau antonasi suara yang digunakan untuk menyampaikan mesej tersebut. Audio terbahagi kepada dua jenis iaitu audio analog dan audio digital.
Pengiraan saiz fail audio digital
Formula: rate X duration X resolution X number of channels 8
Jawapan yang diperolehi adalah dalam unit bytes di mana:
· sampling rate is in Hz
· Duration/time is in seconds
· Resolution or sample size (is in bits (1 for 8 bits, 2 for 16 bits)
· number of channels = 1 for mono, 2 for stereo, ect.


VIDEO
Video merupakan teknologi rakaman, gambar, proses, penyimpanan, siaran dan membina semula elemen-elemen penting. Video akan disampaikan dalam bentuk babak atau bersiri dan gambar bergerak. Ianya telah menggabungkan semua elemen untuk menjadikan rakaman lebih menarik. Contohnya penggabungan elemen atau teknologi utama di dalam multimedia adalahseperti teks, grafik, audio, video dan animasi. Video merupakan perkara yang paling mencabar untuk dilakukan kerana mempunyai kesemua elemen yang penting. Malah, ia juga perlu menggerakkan gambar bersama audio yang wujud. Disamping itu, ianya juga memerlukan penelitian yang teliti semasa proses mengedit bagi menghasilkan sesuatu video yang berkualiti. contoh software yang digunakan seperti, movie maker, adope premier dan sebagainya.

GRAFIK
Grafik merupakan satu persembahan visual yang digambarkan pada permukaan dinding, papan, skrin komputer dan sebagainya. Grafik juga akan digunakan sebagai pemberitahuan, ilustrasi, hiburan, dan penjenamaan. Contoh grafik adalah buah-buahan, nombor, dokumen, teks, gambar dan lain-lain. Grafik akan menimbulkan kesan terhadap sesuatu persembahan. Hal ini kerana grafik boleh memberi bayangan atau gambaran tentang perkara yang wujud dalam dunia sebenar.

No comments:

Post a Comment