Saturday, April 11, 2009

TYPACES

Dalam penulisan terdapat pelbagai jenis 'Typaces' yang sering digunakan. Setiap Typaces yang digunakan itu boleh memberikan gambaran mengenai makna yang ingin disampaikan kepada pembaca atau penerima. Malahan, melalui pengunaan Typaces juga, kita dapat menyatakan tentang perasaan dan pemikiran yang ingin diluahkan kepada seseorang. Antara jenis Typaces yang sering digunakan dalam penulisan tertentu adalah:


Times New Roman, Century Gothic, Bodomi MT, Book Antiqua, Arial, CASTELLAR, serta banyak lagi.Di bawah ini terdapat beberapa contoh Typaces yang digunakan bagi menyatakan tentang sesuatu perkara atau perasaan seseorang individu :-




Contoh 1 menunjukan penggunaan Typaces yang berbeza dalam menyampaikan perkara yang sama.

Contoh 2 penggunaan Typaces dalam menyampaikan ucapan cinta


Contoh 3: Penggunaan Typaces supaya menarik minat pembaca uncuk membeli buku tersebut

AUDIO, VIDEO DAN GRAFIK

AUDIO
Audio merupakan isyarat kepada sesuatu bunyi. Hal ini kerana sesuatu audio akan dirakam dan dibuat pengeluaran semula. Audio muncul kerana ia sangat berguna dalam rakaman, media massa dan sebagainya. Contoh yang paling mudah adalah suara dan muzik. Audio juga mampu mempengaruhi emosi seseorang melalui muzik dan nada atau antonasi suara yang digunakan untuk menyampaikan mesej tersebut. Audio terbahagi kepada dua jenis iaitu audio analog dan audio digital.
Pengiraan saiz fail audio digital
Formula: rate X duration X resolution X number of channels 8
Jawapan yang diperolehi adalah dalam unit bytes di mana:
· sampling rate is in Hz
· Duration/time is in seconds
· Resolution or sample size (is in bits (1 for 8 bits, 2 for 16 bits)
· number of channels = 1 for mono, 2 for stereo, ect.


VIDEO
Video merupakan teknologi rakaman, gambar, proses, penyimpanan, siaran dan membina semula elemen-elemen penting. Video akan disampaikan dalam bentuk babak atau bersiri dan gambar bergerak. Ianya telah menggabungkan semua elemen untuk menjadikan rakaman lebih menarik. Contohnya penggabungan elemen atau teknologi utama di dalam multimedia adalahseperti teks, grafik, audio, video dan animasi. Video merupakan perkara yang paling mencabar untuk dilakukan kerana mempunyai kesemua elemen yang penting. Malah, ia juga perlu menggerakkan gambar bersama audio yang wujud. Disamping itu, ianya juga memerlukan penelitian yang teliti semasa proses mengedit bagi menghasilkan sesuatu video yang berkualiti. contoh software yang digunakan seperti, movie maker, adope premier dan sebagainya.

GRAFIK
Grafik merupakan satu persembahan visual yang digambarkan pada permukaan dinding, papan, skrin komputer dan sebagainya. Grafik juga akan digunakan sebagai pemberitahuan, ilustrasi, hiburan, dan penjenamaan. Contoh grafik adalah buah-buahan, nombor, dokumen, teks, gambar dan lain-lain. Grafik akan menimbulkan kesan terhadap sesuatu persembahan. Hal ini kerana grafik boleh memberi bayangan atau gambaran tentang perkara yang wujud dalam dunia sebenar.

Saturday, February 21, 2009

TEKS IN DESIGN


tulisan khat...
kebiasaannya digunakan dalam seni tulisan hiasan dan cetakan. contohnya dalam hiasan frame dan sebagainya..
tulisan khat dikategorikan sebagai tulisan arab.

Penggunaan Multimedia dalam Pelbagai Bidang

penggunaan multimedia dalam bidang ICT

secara umumnya, teknologi perhubungan sentiasa berubah mengikut arus peredaran masa serta perkembangan dunia globalisasi. Teknologi yang dirasakan amat canggih pada sesuatu masa akan diganti dengan teknologi lebih berkesan. Teknologi telefon bimbit yang dimulakan dengan perhubungan menggunakan suara kini diambil alih perhubungan melalui teks iaitu SMS.

Ia kemudian disokong teknologi MMS yang membolehkan maklumat berbentuk multimedia dihantar melalui telefon bimbit. Dengan teknologi 3G, sidang video boleh dilakukan secara langsung menggunakan telefon bimbit yang menyokong teknologi 3G. Teknologi terkini adalah menghantar dan menerima e-mel melalui telefon bimbit. Biasanya membabitkan telefon pintar.

Walaupun kebanyakan telefon bimbit sebelum ini boleh menghantar dan menerima e-mel, ia hanya satu daripada kemudahan sampingan. Kemudahan e-mel yang terdapat di kebanyakan telefon bimbit tidak dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pengguna kerana ia tidak dibekalkan dengan pelarasan diperlukan.

Kepada pengguna yang mempunyai pengetahuan mengenai sistem penghantaran dan penerimaan e-mel, mereka boleh membuat pelarasan atau tetapan untuk mengaktifkannya sendiri. namun pengalaman menggunakan e-mel menerusi telefon bimbit sehingga kini tidaklan begitu selesa seperti penggunaan SMS. Ruang teknologi komunikasi menggunakan e-mel di telefon bimbit tidak dihiraukan kebanyakan pengeluar dan penghasil teknologi telefon bimbit sehingga kini. Untuk pengguna yang ingin menerima dan menghantar e-mel dengan lebih mudah, kini terdapat teknologi yang dipelopori oleh Syarikat RIM yang dinamakan Email Push di bawah jenama Blackberry.

Syarikat Blackberry memberikan kemudahan penggunaan pelayan mereka dengan caj menima setiap bulan. Kemudahan penerimaan e-mel tolakan juga boleh digunakan kepada semua e-mel persendirian dan kemudahan e-mel percuma tanpa memerlukan pemasangan perisian pengguna di pelayan e-mel.


penggunaan multimedia dalam bidang pendidikan

bidang pendidikan merupakan destinasi utama teknologi multimedia. Di Malaysia, Multimedia mula piperkenalkan melalui projek Pengajaran-Pembelajaran Berbantukan Komputer(PBK) pada tahun 1992. perisian dalam bahasa inggeris dan matematik digunakan bertujuan untuk mengatasi kelemahan pelajar. 1997 merupakan tahun pertama bagi pelajar tingkatan satu sekolah-sekolah projek yang mempunyai makmal komputer dan buah 21 buah komputer multimedia akan mengambil matapelajaran Literasi Komputer.

Reformasi sistem pendidikan yang diselaraskan dengan wawasan 2020 serta penubuhan sekolah bestari pada 1998 yang berorentasikan teknologi multimedia merupakan langkah awal bagi tujuan merealisasikan kurikulum futuristik.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Universiti Malaya telah memperkenalkan pengajian jarak jauh dengan menggunakan sidang video. sistem aplikasi teleperubatan UM pula dihubungkan terus dengan Bandaraya Bestari Putrajaya. Ternyata ianya memenuhi keperluan mahasiswa yang mengikuti pembelajaran secara jarak jauh atau pendidikan atas talian semakin mendapat sambutan kerana ia senang dikendalikan dan fleksibel.

Meskipun kini kebanyakan pendidikan atas talian lebih bertumpukan kepada teks, namun ia mungkin akan bertukar kepada multimedia sepenuhnya pada masa akan datang dimana bahan pengajaran dilengkapi dengan media teks, video, audio, dan animansi, contohnya seperti sidang konferensi yang telah mula diaplikasikan.



Sunday, January 11, 2009

let's join my blog

Hai.....
Saya Ningsi,berasal dari Teluk Intan,Perak...
berketurunan jawa-melayu dan boleh bertutur dengan baik dalam bahasa jawa.
dilahirkan dalam keluarga sederhana dan mementingkan tanggungjawab antara adik beradik membuatkan keluarga saya,paling bahagia. pertama kali saya join buat blog,dan saya harap semua mengokong dan beri tunjuk ajar.komen anda amat dihargai.pengalaman paling manis,dapat bercuti ke medan baru-baru ini dan melihat pelbagai budaya di tempat orang...memang best..belajar di UUM membuatkan saya lebih menghargai alam sekitar dan yang paling penting,jurusan komunikasi sememangnya pilihan saya..semoga suatu hari nanti saya boleh menjadi seorang wartawan atau penulis yang baik..Insyaallah...ape-ape pun, terima kasih kerana sudi membaca blog saya... bak kata mak saya.."angger wes ngawe,ngawe seng temenan...usah sampek kelakon"